Health

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Malaria di Malaysia

26 January 2024
Satu imej seorang ibu memeluk anak perempuannya di atas katil dengan seprai berwarna putih.

Malaria merupakan ancaman serius terhadap kesihatan dan boleh menjadi penyakit berjangkit kalau tidak diurus dengan segera. Photo daripada Ketut Subiyanto: https://www.pexels.com/photo/cheerful-mother-and-daughter-resting-in-bed-4473865/

Adakah anda tahu penyakit Malaria masih wujud di Malaysia? Walaupun insidens penularan sudah berkurang secara drastik sejak 1960-an, laporan terkini menunjukkan masih terdapat kes penyakit Malaria, terutamanya di Sabah dan Sarawak. Pakar telah mengaitkan faktor perubahan iklim dengan kenaikan kes-kes baru Malaria dalam negara.

Tapi anda tidak perlu risau. Melalui inovasi perubatan sedia ada, terdapat banyak maklumat tentang langkah-langkah pencegahan yang dapat melindungi keluarga anda daripada jangkitan. Rawatan untuk penyakit ini juga sangat efektif dengan diagnosis awal.

Anda hanyalah perlu mempelajari faktor penularan, simptom, dan langkah pencegahan untuk memastikan jangkitan dapat dielakkan. Jom fahami dengan lebih lanjut cara-cara anda boleh melindungi diri dan keluarga daripada penyakit Malaria!

Punca Penyakit Malaria Di Malaysia

Nyamuk yang menyebabkan penyakit Malaria dipanggil nyamuk Anopheles. Spesies ini membawa parasit Plasmodium.

Nyamuk betina dalam genus ini memerlukan darah untuk menyuburkan telur mereka.

Apabila nyamuk Anopheles yang dijangkiti parasit Plasmodium mengigit manusia, nyamuk tersebut akan mendedahkan parasit tersebut yang akan masuk ke dalam salur darah.

Selepas itu, parasit Plasmodium akan bergerak ke hati. Di hati, parasit membiak dan mempersiapkan diri untuk kembali ke salur darah untuk menyerang sistem manusia yang telah digigit.

Parasit yang telah berkembang akan kembali semula ke nyamuk yang sama melalui gigitan yang berikutnya.

Di dalam nyamuk yang sama, parasit akan membiak dengan lebih aktif untuk menjadi lebih kuat  inilah proses kitaran penularan penyakit malaria.

Bagaimana Cuaca Panas Membantu Penularan Penyakit Malaria?

Suhu yang Tinggi

Cuaca panas yang berpanjangan di Malaysia menjadikan persekitaran yang kondusif untuk perkembangan nyamuk Anopheles. Suhu yang tinggi juga dapat menggalakkan kitaran hidup parasit Plasmodium dalam nyamuk yang membawa malaria.

Kelembapan

Kelembapan yang tinggi salah satu faktor di sebalik perkembangan telur nyamuk dan mempercepatkan kitaran hidup parasit.

Perubahan Cuaca Ekstrim

Perubahan cuaca ekstrim seperti hujan lebat semasa musim hujan juga boleh meningkatkan tempat-tempat pembiakan nyamuk, seperti kawasan berair yang bertakung.

Apa Simptom Penyakit Malaria?

  • Demam panas
  • Menggigil
  • Sakit badan

Demam panas, menggigil, dan sakit badan merupakan tanda-tanda utama penyakit ini. Dalam kebanyakan kes, pesakit yang mendapat rawatan awal dapat memulihkan diri sepenuhnya, mengurangkan kemungkinan komplikasi dan risiko jangkitan semula.

Namun, simptom malaria adalah serupa dengan simptom penyakit lain seperti influenza. Oleh itu, ramai pesakit yang mengabaikan simptom awal penyakit ini.

Sekiranya anda mengalami gejala demam panas, terutamanya jika anda tinggal atau baru pulang dari kawasan berisiko tinggi dan merupakan seorang wanita hamil atau individu dengan sistem imun yang lemah, anda dinasihatkan menjalani pemeriksaan kesihatan segera.

Apakah Rawatan untuk penyakit Malaria di Malaysia?

Memeriksa suhu dengan termometer. Seseorang dalam sweater biru dan selimut terbaring dengan tisu di perut.

Selain ubat-ubatan, rawatan malaria juga mungkin melibatkan langkah-langkah seperti pemantauan doktor untuk mengurangkan simptom, terutamanya ketika pesakit mengalami demam panas. Photo daripada Polina Tankilevitch: https://www.pexels.com/photo/person-holding-thermometer-3873188/.

Rawatan malaria melibatkan ubat-ubat tertentu termasuk antimalaria yang berfungsi untuk membunuh parasit dalam badan. Pemilihan ubat dan dos yang betul penting dan bergantung kepada jenis Plasmodium yang menyebabkan jangkitan, simptom, serta keadaan kesihatan keseluruhan pesakit.

Selain ubat, rawatan juga mungkin melibatkan langkah-langkah penjagaan sokongan untuk mengurangkan simptom, terutama ketika pesakit mengalami demam panas. Dalam keadaan yang lebih serius, rawatan hospital mungkin diperlukan untuk pemantauan teliti.

Pengurusan penyakit ini juga memerlukan pemeriksaan darah untuk memastikan parasit telah dibasmi sepenuhnya daripada sistem badan pesakit untuk mencegah jangkitan berulang.

Bagaimana Anda Melindungi Diri Daripada Penyakit Malaria di Malaysia?

  • Guna Kelambu dengan Ubat Nyamuk Semasa Tidur
  • Pakai Alat Penghalau Nyamuk
  • Hindari Aktiviti di Kawasan Berisiko Tinggi Nyamuk Anopheles
  • Pemusnahan Tempat Pembiakan Nyamuk

Pencegahan penyakit malaria melibatkan tindakan proaktif untuk mengurangkan risiko penularan, terutamanya berdekatan kawasan habitat nyamuk Anopheles. Amalkan tips berikut untuk melindungi diri dan keluarga anda:

1. Penggunaan Kelambu dengan Ubat Nyamuk Semasa Tidur:

Kelambu dengan ubat nyamuk adalah perisai pertahanan yang efektif terutamanya semasa tidur malam. Ini membantu melindungi individu daripada gigitan nyamuk yang aktif mencari mangsa pada waktu malam.

2. Pemakaian Alat Penghalau Nyamuk:

Penggunaan alat penghalau  nyamuk, seperti losyen atau semburan penghalau nyamuk, adalah langkah tambahan yang berkesan. Ini membantu mencegah nyamuk daripada mendekati dan menggigit kulit. Penggunaan repelan yang mengandungi bahan seperti DEET, picaridin, atau minyak eucalyptus terbukti untuk menghalau nyamuk.

3. Menghindari Aktiviti di Kawasan Berisiko Tinggi Nyamuk Anopheles:

Kesedaran tentang tempat dan waktu nyamuk Anopheles aktif satu langkah strategik. Hindari aktiviti di habitat utama nyamuk ini seperti kawasan hutan tebal, sungai atau kawasan lembap yang lain. Manakala, waktu yang patut dielakkan untuk melakukan aktiviti di luar rumah ialah pada waktu lewat petang dan malam.

4. Pakai Pakaian Pelindung:

Pakaian berlengan panjang ataupun stoking kaki dapat memberikan perlindungan tambahan. Pemilihan warna pakaian juga penting; nyamuk akan lebih tertarik kepada warna gelap, jadi pakailah pakaian berwarna terang sekiranya anda tak ingin digigit.

5. Menggunakan Kelambu Racun Nyamuk di Tempat Tinggal:

Menggunakan kelambu yang telah dirawat dengan bahan racun serangga mencipta zon perlindungan di dalam ruang tidur atau tempat tinggal, mengurangkan kemungkinan gigitan nyamuk semasa anda tidur.

6. Pemusnahan Tempat Pembiakan:

Langkah penting lain adalah memastikan bahawa tempat-tempat pembiakan nyamuk Anopheles di sekitar tempat tinggal dihapuskan atau dikawal dengan baik. Pemusnahan bekas air bertakung, seperti dalam bekas bunga atau kolam yang tidak terpakai boleh mengurangkan jumlah nyamuk dan mengurangkan risiko penularan.

Akhir kata, walaupun malaria merupakan satu ancaman serius terhadap kesihatan, kesedaran komuniti boleh mengawal penularan dalam negara.

Perlindungan Tambahan Melalui FWD i-Lindung Term Takaful Plan

Selain langkah-langkah pencegahan, FWD i-Lindung Term Takaful Plan menawarkan perlindungan kewangan tambahan untuk anda sekeluarga. Pelan takaful bertempoh ini menyediakan manfaat perlindungan sehingga RM200,000 bagi Kematian & Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) dan manfaat perlindungan berganda akibat kemalangan sehingga RM400,000. Pelan ini juga dapat membantu melindungi anda daripada beban kewangan akibat penyakit yang tidak diingini termasuklah penyakit malaria yang dikaitkan dengan kos hospital dan rawatan yang sangat tinggi di Malaysia.

Apa itu KWSP i-Lindung?

i-Lindung membolehkan ahli KWSP untuk mendaftar pelan takaful dan membayar sumbangan menggunakan baki Akaun KWSP. Ia menyediakan kemudahan pembayaran sumbangan yang mudah melalui potongan daripada Akaun KWSP secara langsung, sekaligus menjamin perlindungan takaful untuk ahli KWSP tanpa beban tambahan terhadap bajet kewangan.

Maklumat lanjut tentang FWD i-Lindung Term Takaful Plan dan dapatkan sebut harga dalam talian hari ini.

Hot Topics