Strok atau angin ahmar merupakan penyumbang utama kepada jumlah kematian dan kehilangan upaya di Malaysia. Fakta ini semestinya merisaukan, namun dengan langkah proaktif, kita sebagai sebuah komuniti mempunyai kuasa untuk mengubah trend ini.
Salah satu cara adalah dengan mengenali tanda-tanda awal strok. Jom kita baca dengan lebih lanjut untuk pengetahuan bersama!
Di Malaysia, terdapat dua jenis strok utama, iaitu strok iskemia dan strok berdarah - 66.7% pesakit strok mengalami strok iskemia, manakala 33.3% mengalami strok berdarah. Selain itu, ada juga individu yang berpotensi mengalami serangan iskemia tansien (TIA), atau strok ringan (serangan strok menyeluruh selama lebih kurang 5 minit).
Tahukah anda, mengenal pasti simptom dan tanda-tanda awal boleh menyelamatkan nyawa pesakit? Ia membolehkan pesakit mendapatkan rawatan dengan lebih cepat, dan sejurus itu meningkatkan peluang pemulihan sepenuhnya.
Setiap minit sangatlah berharga dalam merawat penyakit strok. Berdasarkan Majlis Strok Malaysia anda boleh menghafal akronim PERMATA sebagai satu senarai “checklist” tanda dan tindakan awal sekiranya anda mengesyaki seseorang individu diserang strok:
Selain daripada akronim PERMATA, terdapat juga gejala lain yang kurang dikesan tapi mungkin boleh menjadi indikasi insiden strok. Bantu diri anda atau individu-individu lain dengan menghubungi talian kecemasan sekiranya anda mengalami simptom berikut:
Strok satu kecemasan yang memerlukan tindakan segera untuk mengurangkan kecacatan teruk kepada fungsi badan individu yang terjejas.
Tindakan awal membolehkan rawatan segera seperti thrombolysis dengan ubat-ubat seperti tissue plasminogen activator (tPA). tPA mampu memecahkan gumpalan darah yang menyebabkan strok, secara langsung meningkatkan kadar pemulihan pesakit.
Kajian menunjukkan bahawa 30% daripada pesakit strok iskemia yang menerima tPA dapat pulih dengan sepenuhnya atau mempunyai kecacatan yang lebih ringan berbanding pesakit yang tidak menerima ubat tersebut. Namun, ia perlu diberikan kepada pesakit dalam tempoh 3 jam selepas gejala pertama mereka dikesan.
Tahukan anda anggaran kos perubatan untuk strok adalah diantara RM36,400 sehingga RM37,757?
Selain daripada mempelajari tanda-tanda awal strok dan mengamalkan gaya hidup yang sihat, anda boleh mendapatkan perlindungan kewangan melalui pelan insurans atau takaful untuk melindungi anda dan keluarga daripada kos yang tinggi sekiranya menghidap penyakit kritikal.
Dengan sumbangan serendah RM10.27/bulan, FWD Big 3 Critical Illness menawarkan perlindungan sehingga RM250,000 untuk 3 penyakit kritikal utama di Malaysia - kanser, serangan jantung atau strok. Pelan ini juga menawarkan manfaat kematian sehingga RM20,000 dan pilihan untuk penambahan perlindungan untuk penyakit neurologi dan jantung. Dapatkan sebut harga di laman web kami sekarang.
Notis: Kami tidak mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana aplikasi, laman web, perkhidmatan atau syarikat yang dicadangkan dalam artikel ini. Tujuan kami menyenaraikannya adalah untuk memberi pembaca pilihan dan maklumat tambahan. Sila buat penyelidikan lanjut sebelum memuat turun atau menggunakan mana-mana aplikasi, laman web, perkhidmatan atau syarikat/pertubuhan pihak ketiga.