Health

Tips melegakan senggugut atau sakit haid di rumah yang berkesan

23 May 2024 | Kuala Lumpur
Seorang wanita berhijab menaiki basikal di taman rekreasi.

Period anda merupakan satu kitaran unik untuk kaum wanita yang mempunyai kepentingan dan manfaatnya tersendiri. Pic credit: FWD.

Wanita mempunyai pelbagai jenis cabaran, tetapi cabaran yang kerap datang berulang-kali setiap bulan ialah sakit period! OUCH!

Walaupun menghadapinya setiap bulan tidak mudah dan seringkali mengganggu ketenangan fikiran, kitaran haid boleh memberi indikasi kepada situasi kesihatan dalaman wanita. Dalam kata lain, wanita dilahirkan dengan kompas kesihatan semulajadi!

So, sebelum anda mengambil keputusan untuk mengunyah manisan coklat yang banyak,  kami ada banyak lagi tips-tips tambahan yang boleh membantu memulihkan senggugut di rumah. Jom baca dengan lebih lanjut!

Cara kurangkan sakit period

Kuasa haba:

Haba memang jadi rakan kita masa sakit period. Benda yang menghasilkan panas haba mempunyai kesan yang positif ke atas kekejangan otot. Gunakan je botol air panas, alas pemanas, atau tuala panas dan letak sahaja pada kawasan abdomen/ atas perut dengan menggunakan tekanan yang ringan.

Kalau nak ubahsuai, anda boleh D-I-Y heat compress anda sendiri menggunakan stokin beras yang dicampurkan dengan herba tempatan seperti serai, halia, atau daun pandan untuk tambah bau dan meningkatkan lagi kesan tenang. Pastikan beras tu bersih sebelum digunakan.

Satu lagi cara adalah dengan mandian menggunakan air panas. Selain mendapat kebaikan haba dari air panas untuk badan anda, anda juga dapat menenangkan diri dengan bunyi air mengalir.

Tahukah anda, berada di sekeliling air yang melimpah seperti ombak dan air terjun terbukti menenangkan fikiran? Tambah elemen ini kepada rawatan haba sebagai satu teknik efektif melegakan rasa sakit semasa period.

Senaman ringan:

Jangan risau, anda tak perlu buat senaman agresif masa haid. Anda boleh mempraktikkan senaman ringan di rumah seperti regangan badan atau paling mudah berjalan setempat pun boleh.  

Senaman ringan bukan sahaja boleh meredakan sakit, tapi juga menambah-baik mood sebab ia menghasilkan hormon endorfin (atau hormon happy) dalam sistem otak kita. Jadi sakit period atau stres pun akan poof! Hilang!

Penting untuk ingat bahawa setiap wanita mempunyai tahap keselesaan yang berbeza. Dengarlah signal tubuh anda dalam memilih jenis senaman yang sesuai semasa haid.

Anda kena ingat, tujuan senaman masa ni bukan untuk training nak jadi atlet, tapi untuk mendapatkan keselesaan dan kebahagiaan mental. Jadi, ubahsuai rutin senaman anda berdasarkan tahap tenaga dan keselesaan anda sendiri. Yang penting, anda peka dengan perubahan yang sedang melanda badan anda pada waktu ini!

Makanan menjadi kawan anda:

Gaya makan kena on point juga. Makanan anti-radang macam halia, kunyit, buah beri, sayur-sayuran hijau, dan kacang memang pilihan yang terbaik untuk anda semasa haid. Halia dan kunyit merupakan ramuan tradisional yang digunakan sebagai ubat anti-radang yang membantu mengatasi penyakit sejak zaman datuk nenek lagi. So, kalau suka masak, boleh lah try masukkan bahan-bahan ni dalam hidangan harian.

Anda juga perlu memastikan anda kekal terhidrat dengan minum air yang mencukupi. Minumlah sekurang-kurangnya 2000 ml air setiap hari.

Anda juga dinasihatkan untuk mengelakkan makanan yang diproses dan gula berlebihan sebab ia boleh menyebabkan inflamasi. Selain itu, kurangkan minuman berkafein atau berkarbonat yang boleh menyebabkan dehidrasi.

Herba-herba tradisi:

Herba seperti chamomile, pudina, dan jintan putih sebenarnya boleh jadi penyelamat daripada kekejangan semasa haid. Anda boleh menambah herba-herba ini ke dalam teh atau sup. Ini bukan sahaja boleh bantu mengendurkan otot, tapi juga menenangkan fikiran.

Selain itu, berendam dalam air mandian herba juga mampu membuatkan kita rasa lebih segar dan chill. Tapi, ingat, bincang dengan doktor sebelum cuba apa-apa herba, ya.

Membina hubungan minda & badan:

Membina hubungan antara minda dan badan (mind-body connection) ialah satu teknik yang sangat berkesan untuk mengurus tekanan hidup. Kesihatan minda boleh memberi impak yang signifikan kepada fizikal kita terutamanya ketika waktu haid.

Teknik-teknik seperti pernafasan yang mendalam, meditasi, atau menulis jurnal boleh membantu. Sekiranya anda baru nak mula amalan meditasi dan “mindfulness”, banyak app percuma dan video di YouTube yang boleh membantu, seperti Healthy Minds Program (muat turun di Apple App Store atau Google Play Store) dan Insight Timer (muat turn di Apple App Store atau Google Play Store).

Bila perlu jumpa doktor untuk sakit period?

Kitaran anda boleh menjadi petunjuk awal untuk masalah kesihatan yang lebih serius, contohnya kanser ovari atau serviks. Di Malaysia, kanser serviks adalah kanser ketiga yang paling biasa berlaku dalam kalangan wanita selepas kanser payudara dan ovari. Risiko untuk wanita didiagnos kanser serviks meningkat selepas mereka berumur 30 tahun.

Jika anda mengalami sesuatu perubahan semasa haid yang tak biasa berlaku semasa kitaran-kitaran lalu, lebih baik jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan, terutamanya sekiranya anda mempunyai simptom-simptom berikut:

  • Sakit perut haid yang sangat teruk.
  • Pendarahan yang berlebihan.
  • Kekejangan yang tidak dapat dirawat dengan penjagaan diri atau rawatan rumah.
  • Simptom-simptom yang berterusan atau bertambah teruk dari waktu ke waktu.
  • Kesakitan atau ketidakselesaan yang teruk semasa hubungan seksual.
  • Perubahan dalam warna, bau, atau tekstur darah haid.
  • Kelemahan, keletihan, atau gejala-gejala lain yang semakin memburuk sepanjang tempoh haid.
  • Ketidakselesaan yang teruk di bahagian bawah abdomen yang tidak selesa semasa haid.
  • Suhu badan yang meningkat secara mendadak.
  • Bengkak atau kesakitan di sekitar payudara atau ketiak.
  • Perubahan berat badan yang drastik tanpa sebab.
  • Ketidakselesaan atau kesakitan yang tidak biasa di bahagian bawah pinggul atau punggung.

Kekal sihat sentiasa untuk haid lebih selesa

Haid adalah kitaran semulajadi yang menjadi sebahagian daripada kehidupan wanita, dan kebanyakan daripada kita sudah terbiasa dengan cabaran-cabaran yang mungkin timbul setiap bulan. Bagi memastikan haid berlalu dengan lebih selesa, penting untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh.

Amalkan tips-tips seperti pemakanan seimbang, mendapatkan tidur yang mencukupi, dan senaman berkala. Selain itu, tips yang penting untuk memastikan gaya hidup sihat ialah memastikan anda mempunyai pelan insurans ataupun pelan Takaful Malaysia sebagai perlindungan kewangan sekiranya anda tiba-tiba dilanda penyakit kritikal. Ia membantu anda menangani kos-kos perubatan yang tinggi untuk rawatan yang berkualiti.

Dengan bayaran serendah RM10.27 sebulan, pelan FWD Big 3 Critical Illness boleh melindungi kewangan anda daripada kos rawatan 3 penyakit kritikal utama di Malaysia - kanser, strok, dan serangan jantung. Dapatkan sebut harga di laman web FWD sekarang!

Notis: Kami tidak mempunyai hubungan langsung dengan mana-mana aplikasi, laman web, perkhidmatan atau syarikat yang dicadangkan dalam artikel ini. Tujuan kami menyenaraikannya adalah untuk memberi pembaca pilihan dan maklumat tambahan. Sila buat penyelidikan lanjut sebelum memuat turun atau menggunakan mana-mana aplikasi, laman web, perkhidmatan atau syarikat/pertubuhan pihak ketiga.