Saya faham bahawa ini adalah satu produk insurans yang menyediakan perlindungan/membayar untuk manfaat berikut:- Manfaat Kematian
- Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal
- Manfaat Kematian Kemalangan
Saya faham bahawa produk ini tidak menyediakan perlindungan/membayar manfaat untuk kejadian yang berikut:- Manfaat kematian TIDAK akan dibayar jika Orang Yang Diinsuranskan meninggal dunia disebabkan pergaduhan, tindakan atau hukuman undang-undang, atau melakukan atau cuba untuk melakukan suatu tindakan kecuaian dan/ atau menyalahi undang-undang dan/ atau apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan dasar awam di bawah Undang-undang Malaysia
- Manfaat Tambahan Kematian Akibat Kemalangan TIDAK akan dibayar jika Kematian disebabkan serangan atau pembunuhan, rusuhan, bunuh diri, dibawah pengaruh alkohol, penyalahgunaan dadah, mengandung, kecacatan sedia ada, kegiatan berbahaya dan pekerjaan termasuk tetapi tidak terhad kepada ahli tinju, juruselam dan akrobat.
- Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal Tambahan (HUMK) TIDAK akan dibayar jika HUMK disebabkan: cubaan membunuh diri, kecederaan ke atas diri sendiri, semasa berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol, terlibat dalam aktiviti yang berisiko tinggi, terlibat dalam pelayaran kapal selam, melaksanakan kewajipan dalam perkhidmatan ketenteraan, penyakit atau kemalangan sedia ada, kegiatan berbahaya dan pekerjaan termasuk tetapi tidak terhad kepada ahli tinju, juruselam dan akrobat.
Senarai ini adalah tidak menyeluruh. Sila rujuk kontrak polisi untuk senarai penuh pengecualian di bawah polisi ini.
Saya faham bahawa:- Jika saya berubah fikiran, saya mempunyai 15 hari untuk memulangkan polisi/sijil selepas tarikh ia dihantar kepada saya dan saya boleh menerima bayaran balik.
- Saya boleh membuar penamaan.
Untuk membuat tuntutan, sila rujuk panduan membuat tuntutan kami. Untuk sebarang pertanyaan lain, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di 1300-22-6622 (tempatan) atau +603-2298 0068 (luar negara).
NOTA: Jika anda tidak pasti tentang butiran produk, sila rujuk HKT kami di sini.